Thursday, 20 September 2012

PERMAINAN LERET BOLA DENGAN GELUNG ROTAN


ALATAN : 

1) Bola
2 )Gelung rotan
3 )Skitel


Cara bermain 

Peserta akan membawa bola dengan cara menarik bola menggunakan gelung rotan menuju ke arah skitel yang disediakan iaitu sejauh 5 meter. Peserta perlu mengelilingi skitel dan bergerak semula ke tempat permulaan., permainan akan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Kumpulan yang tamat melakukan permainan terlebih dahulu akan di kira sebagai pemenang.


PERMAINAN SERANG BALAS

Syarat dan peraturan

1. Mesti dimainkan di dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan seharusnya merangkumi lebih daripada dua orang.
3. Setiap kumpulan hanya boleh membalas, jika sekiranya kumpulan mereka diserang oleh pihak lawan.
4. pemain yang tidak dapat menyambut sorakan dikira kalah.


Cara-cara bermain


1. Kumpulan haruslah dibentuk terlebih dahulu.
2. Setiap kumpulan diwajibkan untuk menetapkan sorakan kumpulan yang bertemakan bunyi-bunyi yang terdapat di alam sekeliling kita. Contohnya seperti bunyi haiwan, kenderaan, barang pecah dan sebagainya.
3. Setelah setiap kumpulan memilih sorakan masing-masing, setiap ketua akan mengambil undi (lap tali lap) untuk menentukan pemenang.
4. Pemenang akan memulakan permainan.
5. Kumpulan pemenang akan menyorak kumpulan dan seterusnya mentorak kumpulan lain.
6. kumpulan yang disorak oleh kumpulan tadi akan menyerang balas semula.
7. Permainan diulang sehingga tinggal satu kumpulan sahaja.

PERMAINAN 7 BOTOL


Peserta: Tidak terhad
Alatan: -

Peraturan:
1. Peserta diminta membuat satu bulatan besar.

2. Peserta diminta menyebut sifir 7.

3. Semasa peserta membilang nombor, setiap nombor yang mempunyai angka 7 atau nilai yang berada di dalam sifir 7, contohnya:
• 7, 17, 27, 37,.....
• 7, 14, 21, 28,.....
akan digantikan dan disebut dengan perkataan ”botol”. Sebagai contoh:
• 1, 2, 3, 4, 5, 6, botol, 8, 9....
• botol, 15, 16, botol, 18, 19....

PERMAINAN TELEFON ROSAK



Bilangan pemain: Tidak terhad
Kawasan : Kawasan lapang
Alatan permainan : Petikan pendek 

Peraturan permainan : 

I) Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut
II) Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada pemain kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat. 
III) Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain yang ketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga. 
IV) Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepada pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir. 
V) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah kita banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat asal dari petikan tadi.
Contoh petikan:

PERMAINAN " INI SATU KISAH..."


INI SATU KISAH…

Pengenalan

Permainan ‘Ini Satu Kisah’ ini adalah satu permainan ringkas yang direka khas untuk mengasah bakat dan kemahiran mendengar serta kemahiran berfikir seseorang individu khasnya kepada kanak-kanak. Selain itu, permainan ini juga dapat menjadi aktiviti yang berfaedah yang dapat dimainkan pada masa lapang
Peraturan

Sebenarnya tiada peraturan khusus yang diperuntukkan dalam permainan ini tetapi beberapa perkara haruslah diambilkira oleh pemain-pemain. Antaranya ialah:

• Jumlah pemain hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang pemain. Namun jika lebih ramai pemain akan menjadikan permainan semakin menyeronokkan dan lebih mencabar.
• Masa yang diambil oleh seorang pemain untuk berfikir hendaklah tidak melebihi 3 saat atau pemain akan dikira ‘mati’ dan terkeluar dari permainan.
• Pemain tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan atau sumber semasa dalam permainan.
• Seorang pengadil dan penjaga masa diperlukan untuk mengetuai permainan.


Bahan dan Alatan

Tiada bahan dan alatan khusus yang digunakan di dalam permainan ini.

Cara Bermain

• Semua pemain perlu duduk bersama dan membentuk satu bulatan penuh.


• Pemain akan membilang nombor giliran masing-masing.
• Permainan bermula apabila pengadil memberikan satu ayat yang tergantung contohnya “Pada suatu hari…”.
• Pemain pertama akan menyambung ayat yang diberikan oleh pengadil dengan pantas seterusnya diikuti oleh pemain-pemain lain mengikut giliran mereka.
• Pemain perlu memastikan ayat yang disambung haruslah sentiasa tergantung. 
• Pemain tidak boleh menamatkan sesuatu ayat.
• Ayat yang disambung perlulah logik dan menarik untuk membentuk sebuah cerita dan tidak lari daripada sambungan ayat oleh pemain terdahulu.
• Masa yang diambil oleh pemain untuk menyambung ayat hendaklah tidak melebihi 3 saat atau pemain akan dikira ‘mati’ dan terkeluar dari permainan.
• Apabila salah seorang pemain ‘mati’ atau terkeluar, pengadil akan memberikan satu ayat baru untuk dimulakan semula oleh pemain yang tinggal
• Permainan akan menjadi lebih sengit apabila setiap pemain diminta hanya memberikan satu perkataan sahaja untuk menyambung ayat.
• Sekiranya pemain gagal memberikan satu perkataan atau pun pemain memberikan lebih daripada satu perkataan, pemain itu juga akan dikira ‘mati’.
• Permainan akan berterusan sehingga hanya tinggal dua orang pemain sahaja dan mereka akan berselang-seli menyambung perkataan dengan pantas untuk membentuk cerita yang direka sendiri sehingga terdapat hanya seorang pemenang.

PERMAINAN ARAH TUNJUK




Permainan memerlukan pemain peka terhadap arahan yang diberikan. Pemain juga hendaklah tahu apa yang ditunjuk dan tidak mudah tertipu dengan apa yang guru lakukan.


Peraturan


1. Pemain hendaklah memandang ke arah guru semasa permainan dijalankan. Tidak boleh menutup mata.
2. Pemain hendaklah mendengar apa yang guru arahkan.
3. Peserta dikira kalah atau terkeluar dari permainan ini apabila peserta salah menunjukkan bahagian muka yang dikehendaki.


Cara bermain


1. Pada mulanya, guru akan menunjukkan anggota bahagian muka dengan jari telunjuk seperti mata, hidung, dahi, pipi, telinga, bibir serta dagu.
2. Kemudian, guru meminta pemain agar mendengar arahan yang diarahkan sambil menunjukkan bahagian muka dengan betul.

3. Sementara itu, guru turut menunjukkan bahagian muka yang diarahkan tetapi tidak mengikut padanan yang betul. Contohnya, guru memberi arahan agar menunjuk hidung tetapi jari telunjuk guru menunjuk telinga.

BELON AIR




Syarat-syarat:

1.Peserta adalah terdiri daripada 6 orang mewakili setiap opsyen.

2.Peserta hendaklah berbaris dalam satu barisan mengikut opsyen, peserta pertama akan mengambil belon air dari baldi yang disediakan dan dikehendaki membawa belon tersebut kepada peserta dibelakangnya dengan syarat tidak boleh menoleh ke belakang. Peserta terakhir akan mengumpul belon air ke dalam baldi yang disediakan.

3.Belon air yang terjatuh ke tanah atau pecah tidak akan di kira..

Pemenang di adili berdasarkan jumlah belon air terbanyak yang berjaya dikumpul. Keputusan pengadil adalah muktamad.