Thursday, 20 September 2012

PERMAINAN TELEFON ROSAK



Bilangan pemain: Tidak terhad
Kawasan : Kawasan lapang
Alatan permainan : Petikan pendek 

Peraturan permainan : 

I) Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut
II) Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada pemain kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat. 
III) Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain yang ketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga. 
IV) Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepada pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir. 
V) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah kita banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat asal dari petikan tadi.
Contoh petikan:



Mak cik Halimah menyuruh anaknya, Halimaton ke kedai Pak Halim seberang jalan sebelah pokok ketapang membeli kicap, beras, bawang, dan gula halus naik basikal tua milik Nek Mah.
Nama permainan : Cari pasangan

Cara mengendalikan permainan

1. Sebelum memulakan aktiviti, kenalkan kanak-kanak dengan bunyi-bunyi haiwan dan minta mereka untuk meneka bunyi haiwan-haiwan tersebut. 
2. Setelah mereka dapat mengecam dan mengenal bunyi haiwan-haiwan tersebut, pecahkan mereka kepada dua kumpulan. 
3. Setiap seorang kanak-kanak tersebut akan diberi watak seekor haiwan dan perlu mencari pasangan mereka yang terdapat kumpulan kedua.
4. Namun, mereka tidak boleh mengeluarkan suara tetapi hanya boleh mengeluarkan bunyi haiwan yang mereka perolehi dan mengecam bunyi yang sama untuk mencari pasangan mereka. 
5. Tamat permainan. Minta mereka membunyikan watak haiwan yang mereka perolehi sebagai pengukuhan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment