Thursday, 20 September 2012

PERMAINAN LERET BOLA DENGAN GELUNG ROTAN


ALATAN : 

1) Bola
2 )Gelung rotan
3 )Skitel


Cara bermain 

Peserta akan membawa bola dengan cara menarik bola menggunakan gelung rotan menuju ke arah skitel yang disediakan iaitu sejauh 5 meter. Peserta perlu mengelilingi skitel dan bergerak semula ke tempat permulaan., permainan akan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Kumpulan yang tamat melakukan permainan terlebih dahulu akan di kira sebagai pemenang.


PERMAINAN SERANG BALAS

Syarat dan peraturan

1. Mesti dimainkan di dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan seharusnya merangkumi lebih daripada dua orang.
3. Setiap kumpulan hanya boleh membalas, jika sekiranya kumpulan mereka diserang oleh pihak lawan.
4. pemain yang tidak dapat menyambut sorakan dikira kalah.


Cara-cara bermain


1. Kumpulan haruslah dibentuk terlebih dahulu.
2. Setiap kumpulan diwajibkan untuk menetapkan sorakan kumpulan yang bertemakan bunyi-bunyi yang terdapat di alam sekeliling kita. Contohnya seperti bunyi haiwan, kenderaan, barang pecah dan sebagainya.
3. Setelah setiap kumpulan memilih sorakan masing-masing, setiap ketua akan mengambil undi (lap tali lap) untuk menentukan pemenang.
4. Pemenang akan memulakan permainan.
5. Kumpulan pemenang akan menyorak kumpulan dan seterusnya mentorak kumpulan lain.
6. kumpulan yang disorak oleh kumpulan tadi akan menyerang balas semula.
7. Permainan diulang sehingga tinggal satu kumpulan sahaja.

PERMAINAN 7 BOTOL


Peserta: Tidak terhad
Alatan: -

Peraturan:
1. Peserta diminta membuat satu bulatan besar.

2. Peserta diminta menyebut sifir 7.

3. Semasa peserta membilang nombor, setiap nombor yang mempunyai angka 7 atau nilai yang berada di dalam sifir 7, contohnya:
• 7, 17, 27, 37,.....
• 7, 14, 21, 28,.....
akan digantikan dan disebut dengan perkataan ”botol”. Sebagai contoh:
• 1, 2, 3, 4, 5, 6, botol, 8, 9....
• botol, 15, 16, botol, 18, 19....

PERMAINAN TELEFON ROSAK



Bilangan pemain: Tidak terhad
Kawasan : Kawasan lapang
Alatan permainan : Petikan pendek 

Peraturan permainan : 

I) Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut
II) Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada pemain kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat. 
III) Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain yang ketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga. 
IV) Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepada pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir. 
V) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah kita banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat asal dari petikan tadi.
Contoh petikan:

PERMAINAN " INI SATU KISAH..."


INI SATU KISAH…

Pengenalan

Permainan ‘Ini Satu Kisah’ ini adalah satu permainan ringkas yang direka khas untuk mengasah bakat dan kemahiran mendengar serta kemahiran berfikir seseorang individu khasnya kepada kanak-kanak. Selain itu, permainan ini juga dapat menjadi aktiviti yang berfaedah yang dapat dimainkan pada masa lapang
Peraturan

Sebenarnya tiada peraturan khusus yang diperuntukkan dalam permainan ini tetapi beberapa perkara haruslah diambilkira oleh pemain-pemain. Antaranya ialah:

• Jumlah pemain hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang pemain. Namun jika lebih ramai pemain akan menjadikan permainan semakin menyeronokkan dan lebih mencabar.
• Masa yang diambil oleh seorang pemain untuk berfikir hendaklah tidak melebihi 3 saat atau pemain akan dikira ‘mati’ dan terkeluar dari permainan.
• Pemain tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan atau sumber semasa dalam permainan.
• Seorang pengadil dan penjaga masa diperlukan untuk mengetuai permainan.


Bahan dan Alatan

Tiada bahan dan alatan khusus yang digunakan di dalam permainan ini.

Cara Bermain

• Semua pemain perlu duduk bersama dan membentuk satu bulatan penuh.


• Pemain akan membilang nombor giliran masing-masing.
• Permainan bermula apabila pengadil memberikan satu ayat yang tergantung contohnya “Pada suatu hari…”.
• Pemain pertama akan menyambung ayat yang diberikan oleh pengadil dengan pantas seterusnya diikuti oleh pemain-pemain lain mengikut giliran mereka.
• Pemain perlu memastikan ayat yang disambung haruslah sentiasa tergantung. 
• Pemain tidak boleh menamatkan sesuatu ayat.
• Ayat yang disambung perlulah logik dan menarik untuk membentuk sebuah cerita dan tidak lari daripada sambungan ayat oleh pemain terdahulu.
• Masa yang diambil oleh pemain untuk menyambung ayat hendaklah tidak melebihi 3 saat atau pemain akan dikira ‘mati’ dan terkeluar dari permainan.
• Apabila salah seorang pemain ‘mati’ atau terkeluar, pengadil akan memberikan satu ayat baru untuk dimulakan semula oleh pemain yang tinggal
• Permainan akan menjadi lebih sengit apabila setiap pemain diminta hanya memberikan satu perkataan sahaja untuk menyambung ayat.
• Sekiranya pemain gagal memberikan satu perkataan atau pun pemain memberikan lebih daripada satu perkataan, pemain itu juga akan dikira ‘mati’.
• Permainan akan berterusan sehingga hanya tinggal dua orang pemain sahaja dan mereka akan berselang-seli menyambung perkataan dengan pantas untuk membentuk cerita yang direka sendiri sehingga terdapat hanya seorang pemenang.

PERMAINAN ARAH TUNJUK




Permainan memerlukan pemain peka terhadap arahan yang diberikan. Pemain juga hendaklah tahu apa yang ditunjuk dan tidak mudah tertipu dengan apa yang guru lakukan.


Peraturan


1. Pemain hendaklah memandang ke arah guru semasa permainan dijalankan. Tidak boleh menutup mata.
2. Pemain hendaklah mendengar apa yang guru arahkan.
3. Peserta dikira kalah atau terkeluar dari permainan ini apabila peserta salah menunjukkan bahagian muka yang dikehendaki.


Cara bermain


1. Pada mulanya, guru akan menunjukkan anggota bahagian muka dengan jari telunjuk seperti mata, hidung, dahi, pipi, telinga, bibir serta dagu.
2. Kemudian, guru meminta pemain agar mendengar arahan yang diarahkan sambil menunjukkan bahagian muka dengan betul.

3. Sementara itu, guru turut menunjukkan bahagian muka yang diarahkan tetapi tidak mengikut padanan yang betul. Contohnya, guru memberi arahan agar menunjuk hidung tetapi jari telunjuk guru menunjuk telinga.

BELON AIR




Syarat-syarat:

1.Peserta adalah terdiri daripada 6 orang mewakili setiap opsyen.

2.Peserta hendaklah berbaris dalam satu barisan mengikut opsyen, peserta pertama akan mengambil belon air dari baldi yang disediakan dan dikehendaki membawa belon tersebut kepada peserta dibelakangnya dengan syarat tidak boleh menoleh ke belakang. Peserta terakhir akan mengumpul belon air ke dalam baldi yang disediakan.

3.Belon air yang terjatuh ke tanah atau pecah tidak akan di kira..

Pemenang di adili berdasarkan jumlah belon air terbanyak yang berjaya dikumpul. Keputusan pengadil adalah muktamad.

LARI KAKI TIGA

Syarat-syarat:

1. 4 orang peserta dari setiap opsyen.

2. 2 orang peserta akan membuat larian dengan kaki diikat sejauh 25 meter.

3. Sampai di garisan penamat, tali ikatan hendaklah dibuka untuk digunakanoleh 2 orang peserta terakhir.

4. 2 orang peserta terakhir dikehendaki mengikat kaki dan terus lari kegarisan penamat

i) Pemenang dikira pada siapa yang sampai dahulu di garisan penamat.

ii)Tali ikatan masih terikat, tidak terbuka. Sekiranya terbuka semasamembuat larian dikira batal.

5.Hadiah yang disediakan adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketigasahaja. Keputusan pengadil adalah muktamad.

MEMBAWA BOLA PING PONG DALAM SUDU



Syarat-syarat:

1.Setiap opsyen hendaklah menghantar 5 orang peserta mewakili opsyen.

2.Peserta pertama daripada setiap kumpulan dikehendaki membawa bola didalam sudu dengan menggunakan mulut (tanpa memegang bola tersebut)dari garisan permulaan ke garisan yang menempatkan peserta kedua.

3.Peserta kedua akan melakukan aktiviti yang sama dari garisan kedua ke garisan yang menempatkan peserta ketiga.

4.Seterusnya, peserta ketiga membawanya ke peserta seterusnya. Peserta terakhir akan membawanya terus ke garisan penamat.

5.Peserta yang bolanya jatuh hendaklah berhenti, kutip bola dan bawa boladi dalam sudu ke garisan penamat.

6.Hadiah akan diberikan untuk tempat pertama sehingga tempat ketiga berdasarkan catatan masa. Keputusan pengadil adalah muktamad.

MEMANCING BOTOL



Syarat-syarat:

1.4 orang peserta dari setiap opsyen.

2.Peserta akan dibekalkan dengan 1 batang pancing dengan mata kail yang berbentuk seperti batang mancis.

3.Peserta akan diarah beratur dalam barisan mengikut opsyen.

4.Permainan dimulakan apabila satu irama diperdengarkan.

5. Peserta pertamaakan mula memancing botol seberapa banyak mungkin sehingga irama ditamatkan.

6.Permainan diteruskan dengan peserta seterusnya apabila iramadiperdengarkan semula.

7.Pemenang akan dikira berdasarkan peserta yang mendapat botol yang paling banyak dalam tempoh masa yang diberi

.8.Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga.

PERMAINAN LARI DALAM GUNI


Syarat-syarat:

1.Pertandingan ini terdiri dari 4 orang peserta dalam satu kumpulan(Opsyen).

2.Acara Lari Dalam Guni terdiri dari 2 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan dalam satu kumpulan

3.Peserta pertama(perempuan) akan memulakan larian sejauh 10 meter untuk mengambil guni, masuk ke dalam guni dan lari ke garisan penamat secara berganti-ganti.

4.Peserta pertama perempuan akan lari dari A ke B . Peserta lelaki menggantikan peserta pertama perempuan dari B ke A. Seterusnya peserta kedua perempuan akan lari dari A ke B dan peserta lelaki terakhir akan lari dari B ke A (garisan penamat).

5.Hadiah untuk pemenang yang menamatkan larian mengikut peraturan lari dalam guni adalah dari No. 1 hingga No. 3 sahaja

6.Keputusan adalah muktamad

PERMAINAN TARIK UPIH


SENARAI ALATAN
Upih, Padang yang dibuat garisan, Sarung Tangan

 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

GELANGGANG PERMAINAN

Langkah-langkah Pelaksanaan Permainan
i. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 10 orang pemain danmempunya 5 upih. Permainan dimulakan dengan sepasang pelajar diberikan satuupih dan bersiap sedia di garisan permulaan.
Salah seorang akan duduk di atas hujung upih dan seorang lagiakan memegang pangkal upih untuk menarik.iv. Apabila para pemain sudah bersedia, mereka dikehendaki menarikpasangan masing-masing.v. Sesudah sampai di garisan penamat, hendaklah bertukar pasangan di mana pemain yang duduk akan menarik upihtersebut.vi. Kumpulan yang kesemua ahlinya sampai terlebih dahulu akanmemenangi pertandingan.

Langkah / Peringkat Penjelasan

(1) Bentuk permainan
(a) Nama permainan : Tarik Upih
(b) Kawasan permainan : Dewan atau padang atau mana-manakawasan lapang
(c) Bilangan pemain : 2 orang setiap upih
(d) Alatan : Upih

 Apresiasi Permainan
(1) Peraturan permainan:
(a) Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdiridaipada 8 orang pelajar.
(b) Pemain perlu menarik upih dan bertukar-tukar pasangan
(2) Langkah keselamatan
(a) Pemain memakai pakaian yang lengkap dan kasut yang sesuai
(b) Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada bendasing.
(c) Pemakaian sarung tangan adalah satu kewajipan

Kesedaran Taktikal
Prinsip Pergerakan :
1.Koordinasi mata dan pergerakan
2.Kemahiran mengekalkan arah pergerakan
3.Kawalan upih
4.Kedudukan badan mengikut arah tuju garisan penamat.

Ruang dan Masa :
1Saiz gelanggang mengikut ³trek´ yang telah disediakan
2.Permainan tamat mengikut kumpulan yang paling cepat menyudahkanpermainan

Situasi dan HalaTuju :

1.Menggunakan pelbagai taktik untuk mempercepat pergerakan
2.Strategi menyusun ahli kumpulan
3.Kemahiran mengekalkan arah pergerakan

Kesan Kelemahan :
1.Saiz badan pemain yang tidak seragam
2.Saiz dan kekuatan semulajadi upih yang tidak seragam

PERMAINAN PUKUL LALAT



Senarai keperluan :
1.    Bahan : Sapu Tangan
2.    Bilangan pemain : Tidak terhad

Cara Bermain :

1.  Kanak-kanak membuat satu bulatan. Kemudian duduk mencangkung kearah dalam bulatan.
2. Kanak-kanak membuat satu bulatan. Kemudian duduk mencangkung kearah dalam bulatan.
3. Seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupun dipilih untuk membawa sapu tangan.
4.  Pemain yang dipilih berdiri di luar bulatan sambil memegang sapu tangan.
Pemain akan meletakkan sapu tangan itu di belakang sesiapa sahaja yang berada di bulatan itu tanpa disedari.

5. Pemain lain perlu sentiasa peka dan bersedia meraba belakang bagi memastikan sama ada sapu tangan berada di belakang tempat duduk ataupun tidak.
6. Apabila pemain B dapat menyentuh sapu tangan di belakangnya maka ia bangun dan berlari mengejar A sambil memukulnya.
7. Pemain A perlu mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pengejar yang membawa sapu tangan.
8. Jika A belum sempat mencari tempat duduk dan terkena, maka A sekali lagi berlari mengelilingi bulatan semula sementara B duduk di tempat asal.
9. Sebaliknya jika A Berjaya mencari tempat duduk, B akan berpusing sekali lagi untuk meletakkan sapu tangan di belakang pemain, contohnya C.


Tujuan bermain :
Berlari dalam bulatan sambil mengejar dan memukul pemain dengan sapu tangan.

PERMAINAN CONGKAK


Tujuan permainan

Permaianan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah yang dimiliki oleh pihak lawan.
Senarai keperluan
i) bahan: kayu congkak, guli atau biji getah atau biji kelapa sawit sebanyak 98 biji.
ii) Bilangan pemain : 2 orang.


Peraturan dan Cara untuk bermain. 

1. Buah diisi mengikut bilangan rumah. Contohnya, jumlah lubang atau rumah adalah 7, jadi bilangan buah adalah 7 bagi setiap rumah.
2. Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. 
3. Pemain akan duduk secara bertentangan dan ‘kampung’ akan diisi dengan buah congkak yang mempunyai bilangan buah yang sama.
4. Mereka akan memasukkan satu buah ke dalam setiap lubang kecuali rumah pemain lawan.
5. Pergerakan permainan mengikut pusingan jam.
6. Buah yang diambil akan diisikan ke dalam semua rumah yang dilalui termasuk rumah ibu sendiri.
7. Pemain tidak boleh meneruskan permainan apabila buah terakhir yang dilalui termasuk dalam rumah kosong.
8. Jika pemain berhenti di rumah kosong sendiri, pemian layak mengambil isi rumah yang setentang dengannya dan dimasukkan ke dalam ibu rumah sendiri sebagai ganjaran. Proses ini dinamakan ‘memembak’.
9. Menembak hanya boleh dilakukan sekiranya pemain selesai membuat satu pusingan pertama ataupun lebih. Sekiranya berhenti di rumah kosong lawan pemain tidak berhak menembak.
10. Pemain yang mempunyai bilangan buah yang banyak dalam ibu rumah dikira sebagai pemenang.
11. Bagi pusingan yang kedua, buah yang terkumpul dalam ibu diagihkan semula ke dalam rumah sendiri. Rumah yang tidak cukup buahnya di kira ‘terbakar’ dn tidak boleh digunakan lagi dalam pusingan itu.
12. Pemain akan menutup lubang yang tidak dapat diisi dengan 7 buah.  Pemain akan memasukkan semua lebihan buah kedalam rumah ibu.
13. Pemain yang tidak mempunyai rumah terbakar akan memulaka  permainan pusingan itu.
14. Jika dalam pertandingan, pengadil akan dipanggil untuk mengadili pertandingan. Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak.
15. Pemain boleh mengambil buah dari mana-mana lubang dan akan memasukkannya satu demi satu ke dalam ‘kampung’ dan ‘rumah’.
16. Jika buah yang terakhir dimasukkan ke dalam lubang yang berisi atau dimasukkan dalam ‘rumah’, pemain boleh meneruskan permainan untuk pusingan yang kedua tetapi jika sebaliknya, pemain akan berhenti dan menunggu pihak lawan menghabiskan buahnya.

Tetapi dulu, ada juga boleh main 4 orang (suka-suka) kiranya satu line tuh doa orang lah yang main, kiranya ada seorang menjadi mastermind untuk rancang strategi ataupun bergilir-gilir.
Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang.
Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 7×7=49. Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan “lubang ibu” (lubang besar dihujung). Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja.

Strategi bermain. 

Permain congkak perlu berfikir, menyusun strategi dan membuat congakkan. Siapa pandai math nie kira advantage lah. Ia memerlukan kecekapan. Biasanya orang yang selalu main congkak akan lebih tahu taktik dan mahir. Jadinya, tidak hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berlatih seorang diri (haha, akulah tuh) untuk mengkaji pergerakan “buah” sehingga formula rahsia untuk menjadi juara tersimpul dalam mindanya. Strategi ini bakal digunakan untuk mengalahkan lawan dalam perlawanan yang seterusnya. Jika 1st games kalah.
Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Pemain-pemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira kalah namun:
Terdapat dua kaedah untuk menentukan pemenang iaitu:
Pemain yang mempunyai jumlah buah congkak yang banyak.
‘Menapak’ iaitu Pemain yang paling lambat memasukkan buah congkak ke dalam ‘rumah’ dan biasanya, pemain yang lambat memasukkan buah, mempunyai buah congkak yang banyak.
Dalam permainanini, semua buah yang berada dalam lubang tersebut akan diambil dan dimasukkan ke dalam ‘rumah’ atau “kampung”
Pergerakkan permainan “mati” apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang kosong. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika lubang kosong, tempat pemain “mati” itu pada baris di hadapan si pemain, maka buah dalam lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya.
Ia dipanggil strategi tembak . Iaitu, pemain berjaya menembak jika buah congkak yang terakhir, dimasukkan ke dalam lubang yang tidak berisi dan terdapat buah di lubang bertentangan yang berada di barisan pihak lawan.
Takda limit masa. 
Permainan congkak dimainkan pada bila-bila masa sahaja. Tak macam main bola sepak, ada masanya dalam 90 minit siap ada masa tambahan. Begitu juga dengan jangka masa untuk menghabiskan permainan ini. Permainan akan tamat jika buah congkak dalam lubang salah satu pihak telah habis tetapi jangka masa permainan akan menjadi singkat sekiranya pemain tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi.

Perbezaan Peraturan.

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Permainan congkak sebenarnya merupakan satu permainan yang menarik dan menguji daya pemikiran seseorang khususnya dalam pengiraan. Permainan ini seharusnya tidak boleh ditinggalkan dan generasi pelapis perlu mengambil alih peranan agar permainan ini tidak terkubur begitu sahaja.

PERMAINAN BATU SEREMBAN


Peralatan       :           Guli
Biji getah
Batu kerikil
Pundi kacang kecil
Kebiasaannya guli, biji getah dan batu kerikil saiz sederhana besar atau objek di gunakan sebagai buah. Dalam bermain batu seremban terdapat beberapa peringkat. Seorang  kesemua buah diletak di tapak tangan dan dilambung keudara dan di sambut dengan belakang tangan, buah yang dapat disambut dikira   sebagai mata.
Cara bermain.
Buah satu semua  
Buah dua
Cara buah dua dimainkan islah sama seperti buah satu, hanya
Buah tiga ada sedikit perbezaan, lambungan pertama hanya satu buah yang di kutip,lambungan kedua tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Buah empat

Kesemua buah hendaklah diselerakkan, keadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain, sebiji buah di jadikan ibu.

Wednesday, 19 September 2012

PERMAINAN KOTAK BERACUN


Merupakan permainan yang kerap dibuat oleh kelompok pelajar-pelajar sekolah tidak kira sama ada sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti. Permainan kotak beracun sungguh mudah dilaksanakan dan sangat menyeronokkan. Perkara yang perlu disediakan hanyalah sebuah kotak / botol, muzik  dan tentunya sekumpulan peserta.

Permainan kotak beracun ini boleh dimainkan dalam dua konsep berbeza iaitu konsep indoor dan outdoor. Jika menggunakan konsep indoor biasanya ia dimainkan di dalam kelas atau dewan. Manakala konsep outdoor pula boleh dimainkan di kawasan terbuka seperti di tepi pantai, padang, gelanggang dan sebagainya.

Kelebihan jika permainan ini menggunakan konsep outdoor seperti dilakukan ditepi pantai, permainan ini boleh dibuat pada waktu malam. Pengendali program boleh menyediakan unggun api dan peserta akan mengelilingi unggun api tersebut. Pengalaman sebegini sangat sukar diperolehi dan sememangnya akan meninggalkan 1001 kenangan paling manis dalam hidup seseorang bersama rakan-rakan mereka. Anda perlu mencubanya (",).

Berikut merupakan kaedah penyediaan permainan kotak beracun.


- Konsep = Indoor (Dalam Dewan) / Outdoor (Kawasan Terbuka)
- Slot = Mengikut kesuaian program yang hendak dijalankan seperti cintai alam sekitar
- Peralatan = Kotak @ Botol @ Bola
contoh kotak yang boleh digunakan


-Muzik
Kertas untuk cabutan bertuah (dilipat @ digulung rapi)
- Anggota = Pelaksana, Peserta dan Pengawal Muzik